Tahniah Malaysia kerana menjadi juara Piala Suzuki AFF 2010. Bangga gila kot jadi rakyat Malaysia. Cewah.. :) negara sebelah, ko ade?? haha
well, semalam sangat semangat balik keja nk cari baju kuning tapi baju semua ada dalam bakul yang macam gunung so malas nak cari, pakai je la kaftan kaler gold gold. buleh dikira kuning la jugak. kuning diraja. haha.
pukul 7.30 dah turun bawah tercongok bukak tv 1. 1st time sangat excited hokeh. tengok game MANU pon tak se excited macam tengok game semalam. whatever it is, malaysia telah bermain dengan sangat bagus. pujian harus diberi kepada bahagian pertahanan, goal keeper dan jugak safee yang telah menjaringkan gol permulaan. (safee ke sabre eh?)
rumah sangat gempak gempita masa keeper dapat tahan mase indonesia penalti tu. dengan tok yang umo 86 tahun pon melomcat kegembiraan. hai la en ramli, jgn la begitu. kami mahu anda hidup lagi. jgn sbb bola nnt anda terpaksa dibawa ke hospital. pls okeh en ramli.
bila dah gembira dengan kemenangan Malaysia merangkul piala itu, berita gumbira lain pulak yang menyusul. tibatiba PM announced ari JUMAAT as PUBLIC HOLIDAY kan. mak happy nok..! tapi agak risau kalau JobStreet xnak kasi cuti kt staff2 dia. mmg hancur la kegumbiraan ku. tapi baru je tadi HR sent email ni :
Lagi la mak happy sbb harini mak keje separuh hari je. hoyeh hoyeh. sedang menghitung jam menanti kul 12.30 utk caklibot dari ofis. woot woot.
*hari ni hari ke dua update blog dari ofis. nasib baik la selama ni kome2 block ye domain blogspot ni. kalo idak, setiap sejam la aku update blog. hee~
0 comments:
Post a Comment